Saturday, June 25, 2011

congratulation Dr Liyana!

"Ayuni, tolong ambil sampah-sampah ni, abah nak bakar."


Aku pun akur sambil mataku melilau-lilau mencari sampah yang dimaksudkan. Banyak betul kertas-kertas pembalut simen di sekeliling kawasan rumah yang entah bila boleh kami duduki itu. Sedang aku terbongkok-bongkok mengambil sampah sambil menahan pedih mata terkena penangan asap, tiba-tiba telefonku berdering lagu somebody to love. Aku pun cepat-cepat menekan butang hijau dan serta merta suara kakakku sayup-sayup kedengaran.


“ayuni, 2 jam lagi result along”.


Tersentap hatiku. Bimbang, takut, sedih bercampur baur. Teringat lagi kejadian pada Mei lepas. Peristiwa yang sama, keadaan yang berbeza. Kalau dulu, malam keputusan peperiksaan along keluar, kami masih sempat pergi makan-makan di Pantai Batu Burok. Along pada saat itu lebih tenang berbanding saat ini. Masih teringat saat keputusan Along di depan mata, betapa aku tidak faham setiap huruf yang tertera di skrin komputernya pada saat itu. Namun, kata-kata Along membuatkan aku mengerti segalanya.


“Ya Allah, along kena reseat.”


Aku tergamam. Hatiku runtuh bersama-sama air mata along yang gugur tanpa henti. Aku kehilangan kata-kata bila air mata Along tak berhenti-henti mengalir. Umi dan abah tidak ada disini untuk menenangkan Along walaupun aku tahu tak akan ada apa-apa kata-kata yang boleh menenangkan Along. Aku renung Along lama-lama. Aku tahu Along sangat kuat usahanya. Along aku ni ialah orang yang sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal. Walaupun dia selalu menangis bila habis exam katanya soalan susah dan dia tak boleh buat, tapi akhirnya dia akan dapat markah tinggi jugak. Saat itu terdetik dalam hatiku;


“Kenapa Allah, kau buat Along macam ni?Dia dah usaha..dia dah tawakal..”


Tapi, Allah tak pernah uji manusia dengan dugaan yang dia tak mampu terima. Along bangun dan lebih kuat daripada sebelumnya. Aku kagum dengan Along. Kagum dengan semangatnya, Kagum dengan hatinya. Walaupun, hampir setiap malam dia rasa Down, walaupun nasihatku hanyalah perkataan yang sama setiap hari, namun Along cuba untuk menelan nasihatku dan menukar semua fikiran negatif kepada cas positif. Betapa kuat Along, dan betapa aku mengaguminya. Bangga mempunyai kakak yang sebegini hebat.


Tapi saat ini, Along tak sekuat itu. Tapi, suaranya semacam redha dengan apa sahaja yang akan berlaku dalam masa 2 jam nanti. Telefonku beralih tangan. Umi sedang bercakap. Memberi kata-kata semangat buat Along. Terdengar pertanyaan Umi kepada Along;


“Kenapa Along tak telefon umi lepas exam? Umi risau along macam mana kat sana? Makan ke x..takut along down”


Jujurnya hati ummi. Teringat lagi perbualan umi dengan aku khamis lepas. Betapa umi risau dengan keadaan Along. Makan tak lalu, tidur tak lena. Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak merisaukan umi tentang keadaan Along walaupun aku sendiri risau dengan Along yang aku pun x begitu tahu bagaimana keadaannya. Umi bagitahu aku, umi n abah tiap2 malam bangun semayang hajat, tahajud. Doa supaya Allah tak hukum Along atas dosa yang umi buat. Sebak suara umi. Sampai begitu sekali doa umi. Betapa bertuahnya aku mempunyai ibubapa yang sebegini mulia.


Malam itu, lepas maghrib, umi suruh aku teman adik makan. Umi kata Umi tak ada mood nak makan. Muka umi risau. Lepas makan, aku lihat abah umi masih duduk di atas tikar sembahyang, mengaji.


Aku lihat jam di dinding. 8.45 pm.. hanya allah tahu betapa risaunya aku. Melihat umi n abah masih di tikar sembahyang, bermunajat pada yang maha esa. Aku lihat lagi jam. 9.15pm. Patutnya along sudah dapat keputusannya. Kenapa dia x call lagi?? Aku lihat umi n abah dah bangun dari tikar sembahyang dan bergerak longlai ke dapur. Cerita di tv lansung tidak mengalihkan perhatian aku pada jam. Tiba-tiba, telefon abah berbunyi. Aku terus berlari dan terus menjerit memanggil abah bila melihat nombor dengan kod +44 dihadapannya.


Aku takut hendak menjawab panggilan itu. Tidak bersedia untuk berhadapan dengan emosi along. Takut untuk menenangkan along. Abah datang dan menjawab panggilan along dengan tenang.


Dan pada masa itu, aku hanya ingin dengar suara along menjerit kegembiraan dan teruslah aku tahu along dah dapat apa yang dia inginkan. Alhamdulillah, itu yang aku dengar, dibalas dengan kata-kata syukur penuh makna daripada abah. Umi berlari-lari ke arah telefon dan aku lihat ada air bergenang di mata umi. Air mata kegembiraan katanya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, aku tahu Engkau tidak zalim. Aku tahu Engkau menguji along hanya untuk melihat tahap kesabarannya. Terima kasih ya Allah, betapa manisnya kejayaan along ini selepas kegagalannya sehinggakan aku pun turut bergenang air mata menikmati kemanisan kejayaan ini.


Tahniah along. Sekarang percayalah along bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah nak uji kesabaranmu, Allah nak uji kesyukuranmu. Semoga lebih tabah menghadapi ujian-ujian allah selepas ini. Ayuni tahu along boleh jadi doktor yang tahu macammana nak berseronok n x membosankan..hehe..love you along.


p/s: La in syakartum wa azidannakum. Bukankah allah itu maha pengasih dan maha penyayang??



p/s : Entry ini sekadar untuk mengabadikan salah satu memori yang terindah supaya tidak luput ditelan zaman. oh, sangat Rindu wajah kesayangan hamba yang sorang ini.
















2 persons fall in love today:

WanIE said...

alhamdulillah..begini rupanya keadaan umi abah..aku tahu pun dah kuar result huhu

arina ayuni said...

ye weh..ak pun rase mcm bangga gile dgn umi n abah..